Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20100422

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEMUA



Peranan dan tanggungjawab kita dari perkembangan sekeliling kini lebih menuntut kepada sikap pandangan dan sikap yang lebih fokus dan kreatif. Segalanya jika dirancang dengan teliti akan memberikan lebih kemudahan dalam melalui proses pembinaan keupayaan diri.

Keadaan dan keperluan semasa yang semakin maju dengan pelbagai perkembangan dan penemuan baru, ternyata kita semakin berdepan dengan kehendak yang memerlukan sikap dan ketegasan bertindak. Keupayaan yang ada perlu ditingkatkan dengan berterusan supaya berkembang ke arah yang lebih proaktif dan berdaya saing. Kemampuan yang ada, tidak boleh lagi terhad di dalam lingkungan kita sahaja, apa yang lebih penting ialah berani menerokai apa jua bidang dengan lebih meluas lagi.

Kita perlu membuktikan keupayaan untuk berperanan di arena antarabangsa. Namun ia perlu bermula dengan cara dan kemampuan menguatkan keupayaan agar ia tidak menjurus kepada fokus yang sehala dan tidak kreatif.

Kepelbagaian dan juga keserasian dalam menentukan hala tuju mestilah jelas dengan apa yang kita ingin capai dan perolehi. Inilah sebenarnya yang akan membantu dalam memenuhi kehendak dalam melebarkan keupayaan dan kekuatan diri.

Kini, semakin ramai yang melihat kemudahan dan perubahan sekeliling boleh dijadikan sebagai ruang kesempatan untuk melebarkan keupayaan. Kebolehan dan kecekapan perlu dikemas kini agar ia mampu selari dan bersaing dengan perubahan dan kehendak semasa yang berlaku.

Kita perlu insaf dan sedar betapa kehidupan yang kita lalui ini tidak boleh kita abaikan begitu sahaja. Kecuaian yang kita lakukan boleh sahaja mengakibatkan sesuatu yang tidak kita ingini berlaku, menerjah tanpa batas dan sempadannya.

Namun, ia tidak semestinya sebagai sekatan untuk menidakkan kita menggerakkan diri dalam membina kehidupan di alam maya dengan sebaiknya.