Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20090908

di mana mana pun sekarang ini, di masjid, di surau2, hotel,
warung makan...
diadakan majlis berbuka puasa yang ditanggung sendiri atau ditaja.

di bukit rokan majlis yang sama akan berlansung pada hari khamis 10 sept 09
bersamaan 20 ramadhan.

bertempat di masjid br

semua khariah dijemput hadir....

woooo....

merapu 1

Petang kelmarin waktu meninjau-ninjau juadah Ramadan di Taman Melati, saya terpesona seketika melihat empat pengemis di empat lokasi berbeza di pasar Ramadan yang sama. Kecuali seorang yang kerdil, tiga yang lain cacat anggota. Sekali pandang pun sudah dapat dijangka, mereka bukan orang sini- orang Malaysia, maksud saya. Dan satu dua soalan yang dilontarkan kepada mereka kemudiannya mengesahkan sangkaan itu.

Ada yang mengaku dari Thailand, dari Indonesia dan dari Kampuchea. Tapi hati kecil saya kuat mengatakan Kampuchealah jawapan yang sebenarnya. Kerana tidak mahu menggelisahkan mereka dengan bertanya terlalu banyak soalan, saya memilih untuk berlalu. Dan hati saya kuat berkata, mereka barangkali mangsa perang Kampuchea lebih tiga dekad dahulu.

Itu tak penting.

Dari mana juga asalnya, yang nyata cuma satu, mereka datang dari luar - dari negara lain dan bersusah payah ke mari untuk mencari sesuap rezeki. Orang luar seperti mereka, yang menadah tangan bersila di kaki lima boleh ditemui di mana-mana, dari kota sebesar KL hingga ke pekan-pekan kecil yang tersorok. Dan yang tidak menadah di kaki lima pun ramai.

Petang kelmarin juga, sepulangnya saya dari pasar ramadan, satu lagi kebetulan menanti. Seorang pemuda Iran, yang mendakwa pelajar UIA muncul di depan pagar. Beria-ia dia menunjukkan dokumen-dokumennya. Mengaku mencari sedikit sumbangan untuk membiayai yuran pengajian.

Begitu mudahnya orang lain mencari makan di sini. Dari buruh kasar, sampai ke buruh halus, dari yang berkolar hitam sehingga kepada yang kolarnya berlapis-lapis; dari timur, dari barat, dari utara, dari selatan...semuanya ada.

Dan sesekali bila terluang, cuba-cubalah bertanya pada mereka, bagaimana dengan peluang rezeki di sini.

"Alhamdulillah, abe (abang). Kalau nak dibanding dengan tempat saya, seperti langit dengan bumi," itu yang diberitahu kepada saya oleh seorang penjual keropok dari Pattani. Dia dan kawan-kawannya sering berlegar di sekitar Taman Melawati. Katanya, setiap kali masuk ke Malaysia untuk menjaja keropok, mereka tinggal di Sungai Buloh - berkongsi rumah beramai-ramai.

Bertanya pada orang-orang ini menjadi sebahagian daripada 'kerajinan' saya. Lama dahulu saya pernah berbual dengan seorang jurutera dari Lubnan yang bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan di ibu negara. Kami bertemu di sebuah kedai nasi kandar di depan Sogo. Dia yang mengaku dirinya 'a man without family and without country' turut mengaku seronoknya mencari makan di sini.

Itu orang luar. Bagaimana dengan orang kita sendiri. Ramai yang tidak habis-habis mengeluh.

'Susahnya mencari makan sekarang.'

'Susahnya nak hidup sekarang.'

Susah!


Susah!


Dan susah!



Perkataan itu seolah-olah menjadi satu doa yang sentiasa melekap di mulut.

Di hujung 'doa' itu, yang disalahkan nanti ialah kerajaan. Barangkali sedikit sebanyak ada benarnya kerana tak ada mana-mana kerajaan pun yang sempurna di dunia ini. Tetapi jangan nafikan kerajaan juga banyak membantu. Masalahnya ramai yang tak menghargai bantuan itu.

"Mereka panjat pejabat, minta bantuan, tapi selalunya masing-masing sebut siang-siang lagi; tak mahu saham, tak mahu bantuan makanan, kalau boleh nak bantuan bulan-bulan...duit," ini cerita orang rumah, yang tugasnya secara langsung terlibat dengan soal pembangunan, termasuk 'membangunkan' orang miskin di sebuah daerah.

Dan saya tahu benar tentang adanya satu kes, si miskin tegar yang mendapat rumah PPRT, yang cukup elok dan tak mungkin mampu dibina dengan duit sendiri, masih menagih simpati orang di sana sini. Saya pernah melihat rumahnya (gambarnya pun saya simpan) yang berselerak macam tempat pembuangan sampah. Melihat keadaan rumah itu sahaja cukup untuk saya berkata, selayaknya dia menjadi miskin dan kekal miskin. Dia jenis manusia yang tidak menghargai apa yang diperolehi.

Ada saudara saya sendiri, menerima bantuan RM300 sebulan daripada kerajaan. Dia tidak menjadikan bantuan itu sebagai tambahan 'modal' untuk meningkatkan pendapatan, sebaliknya sebagai lesen untuk kurang bekerja. Apa nak susah, sesak-sesak, duit bantuan tetap ada.

Ini jenis manusia yang menjadi beban negara - dan jumlah mereka tidak sedikit. Tanyalah pegawai-pegawai yang pernah berurusan dengan orang-orang ini; malah dekatilah orang-orang itu sendiri, anda akan menemui sebab kenapa mereka 'dihukum' begitu rupa.

Memang benar, ada yang betul-betul susah dan perlu dibantu. Tetapi jangan nafikan bahawa jenis yang susah tetapi tidak menghargai bantuan itu juga ramai - malah lebih ramai.

Jenis inilah yang saya rasa patut dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar ke negara lain untuk mencari makan sebagaimana rakan-rakan kita dari Thailand, Kampuchea, Nepal, Myanmar dan sebagainya mencari makan di sini.

Mereka menyusahkan banyak orang. Tidak ada sesiapa yang gembira dengan kewujudan mereka selain daripada sekerat dua kaki bangkang, yang menjadikan 'kemiskinan' orang lain sebagai lesen untuk menjadi hero.

Kepada kita yang tidak seperti mereka, gunakanlah Ramadan ini untuk merenung sejenak dengan segala rahmat yang kita kecap. Belajar-belajarlah bersyukur. Tak guna kita menghargai sesuatu selepas kita kehilangannya.

Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa.
Salam 2 all.



Pagi ini, Selasa 18 Ramadhan 1430, bersamaan dengan 08 Sept 2009, ribuan pelajar darjah enam akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).  Semoga keberkatan dan kekuatan Ramadhan memberikan mereka kecekalan menghadapi peperiksaan tersebut. Kita para ibubapa dan sahabat handai, marilah kita berdoa untuk kejayaan mereka:


"Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.


Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal 'aalamin".


Wassalam.
PIKIR DAN BUATLAH SESUATU.


Eden terbaca satu komen dari kawan blog yang eden raso sepatutnya kito samo2 renungkan.

Eden tak tau apo akan jadi kat negaro kito ni. Semonjak keputusan PRU 12 kluar, masih tak selosai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerito takdo lain, politik, politik, politik.


Wahai Pejuang Bangsa, Wahai Pejuang Rakyat, Wahai Pembesar Negara.


Tolong la berhenti sejonak dan fikirkan sekojap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdopan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kosan sub prima kejatuhan ekonomi global. Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.


Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga gotah naikjatuh. Harga sawit naikjatuh. Harga besi buruk pun merudum.


Nak berniago, pelanggan ramai tapi tak masuuk akaun sobab tak berduit.
Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun.
Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.Perut kami tak kan konyang dengan politik.
Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido leno didondang pidato politik.
Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam peti-peti UNDI. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, wahai pembesar negara.


Berhentilah seketika dan ayuh duduk semejo demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana,


"Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran".


Pombosar2 negaro konolah pikirkan... Semuo, tak kira parti dan bangso, kono pikirkan.


Samo2lah kito buek sesuatu.


Apo tunggu laee...! Moh doreeh...!!!