Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20100428




Salam 2all

Ni nak bagi tau
mana2 atau sesiapa yang berminat
dalam pengurusan jenazah
dari A - Z.

Biro Pendidikan Masjid Felda Kg Bukit Rokan
yang diketuai Iman Zul
bersama tenaga pengajar dari Jakim
akan mengadakan sessi pengurusan jenazah
pada tarikh :
9 Mei 2010
bersamaan hari ahad

Oleh itu dijemput
sesiapa yang berminat dari dalam dan luar negara
untuk bersama belajar mencari ilmu bagaimana
untuk menguruskan jenazah

Untuk maklumat lanjut
berhubunglah dengan Imam Zul
hp 019-6850640.

* kgbr akan hadir, InsyaAllah.

20100423

Salam 2all,


Keadaan musim sekarang di Kg Bukit Rokan dan sekitarnya
dari pagi, tengahari dan sampai petang
cuaca bukan main lagi
panas semacam
terik dan tak berangin
jika rumah tiada penghawa dingin
terasa duduk dalam oven! haha..


Suasana senja dan malam
pertukaran cuaca terjadi
hujan bagai nak rak...
mencurah curah
siap dengan petir sekali
itulah pasal
kompom cuti esok ( kata Bro Isa Stun )


Musim yang semacam inilah
penduduk Kg Bukit Rokan
yang rata2 motong gotah
konolah boringat sikit!
pandai2lah buek bajet
memang betul harga gotah tongah mahal
tapi kalau tak ado hasil?
hujan yoo momanjang?
bukan apo..
takut kalau tersasar, temonung jawab eee..


Mana2 anak perantau dari Kg Bukit Rokan
yang dah berjaya
kok terbacolah blog nih.. 
kgbr ingatkan, tolonglah jongok omak,abah dan adik beradik
yang ado di sini...
bertanyolah khabar
dan yang paling ponting ulur2lah....
jangan asyik kirim salam yo..


Pendapatan menoreh getah
banyak bergantung kepada keadaan semasa
yang pertama,
kono rajin
dan lobih kojo, banyaklah hasil eee...


Sobab tak berhasil tu..
Maleh
Hujan
Daun gotah meluruh
Gotah kono kobeh kek penyamun
Pokok dah dikira hukum tobang
dan memacam laeee...
yang kekadang memoningkan kepalo..


Sebab itulah dimasa menuai
kita kenalah buat simpanan sikit
masa kecemasan kita menanti tampa disedari.

tetapi dalam kantung kalau hari2 dikaut
pun habis jua!


Apo2 pun
posan imam zul...


Bersyukurlah kepada Ilahi
yang memberi kita nikmat dalam kehidupan
dan
segala apa yang terjadi ada hikmat disebaliknya.


* kgbr pun tongah sosak nih!..

20100422

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEMUA



Peranan dan tanggungjawab kita dari perkembangan sekeliling kini lebih menuntut kepada sikap pandangan dan sikap yang lebih fokus dan kreatif. Segalanya jika dirancang dengan teliti akan memberikan lebih kemudahan dalam melalui proses pembinaan keupayaan diri.

Keadaan dan keperluan semasa yang semakin maju dengan pelbagai perkembangan dan penemuan baru, ternyata kita semakin berdepan dengan kehendak yang memerlukan sikap dan ketegasan bertindak. Keupayaan yang ada perlu ditingkatkan dengan berterusan supaya berkembang ke arah yang lebih proaktif dan berdaya saing. Kemampuan yang ada, tidak boleh lagi terhad di dalam lingkungan kita sahaja, apa yang lebih penting ialah berani menerokai apa jua bidang dengan lebih meluas lagi.

Kita perlu membuktikan keupayaan untuk berperanan di arena antarabangsa. Namun ia perlu bermula dengan cara dan kemampuan menguatkan keupayaan agar ia tidak menjurus kepada fokus yang sehala dan tidak kreatif.

Kepelbagaian dan juga keserasian dalam menentukan hala tuju mestilah jelas dengan apa yang kita ingin capai dan perolehi. Inilah sebenarnya yang akan membantu dalam memenuhi kehendak dalam melebarkan keupayaan dan kekuatan diri.

Kini, semakin ramai yang melihat kemudahan dan perubahan sekeliling boleh dijadikan sebagai ruang kesempatan untuk melebarkan keupayaan. Kebolehan dan kecekapan perlu dikemas kini agar ia mampu selari dan bersaing dengan perubahan dan kehendak semasa yang berlaku.

Kita perlu insaf dan sedar betapa kehidupan yang kita lalui ini tidak boleh kita abaikan begitu sahaja. Kecuaian yang kita lakukan boleh sahaja mengakibatkan sesuatu yang tidak kita ingini berlaku, menerjah tanpa batas dan sempadannya.

Namun, ia tidak semestinya sebagai sekatan untuk menidakkan kita menggerakkan diri dalam membina kehidupan di alam maya dengan sebaiknya.

20100421

Besok 22 April 2010 bersamaan hari Khamis
9.30 pagi

Pusat Jalur Lebar Komuniti SKMM

akan dibuka
Yang ditempatkan di bangunan yang telah diubah suai
di perkarangan Masjid Kg Bukit Rokan.

Satu lagi kemudahan serba canggih yang disediakan untuk kemudahan
penduduk Kg Bukit Rokan dan yang berhampiran dengannya..
kgbr berharap sangat orang ramai terutama murid sekolah
ambillah peluang yang baik ini demi masa depan.

Dengar khabarnya
pendaftaran awal akan mendapat kemudahan dan keistimewaan.
Apa tunggu lagii....JOOM!

20100414

Pasal bolasepak

Kg Bukit Rokan sememangnya terkenal dengan
apa saja jenis sukan teras
jika ada pertandingan peringkat
kampung,
mukim,
daerah,
waima mana mana tempat yang sewaktu dengannya
pasti KgBR akan pulang dengan tangan berat
penuh dengan hadiah dan cendera hati.

Sukan seperti
bolasepak, bolajaring, bolatampar dan sepaktakraw.
4 sukan teras yang menjadi bualan peminat sekitar.
sebut saja KgBR
sudah pasti senak perut pasukan lain.

Baru2 ini KgBR
bersepakat untuk mencari bakat baru
yang seawal 5 dan 6 tahun
untuk mengantikan pemain yang sedia ada
bakal menjadi otai untuk10 tahun dari sekarang.
ha..ha..

Jom kita tengok gambar


bakal pemain Malaysia

hoben jang hoben!

3 kawal 1
tak de hal punya!

penyampaian hadiah
Datuk Mohd Kamil Bin Abdul Aziz


hadiah dan pemain
sama berat

Apa lagi!?
MAKAN.....MAKAN..

20100411

Hari yang ke 4
sebelum subuh hingga tengahari. pelajar UM
bersama sepenuhnya bersama mak /abah.
Dengar cerita ada yang korbankan ayam kampung buat rendang
woow! sedap tu...
sekarang upacara kejar mengejar nak tangkap ayam dah tak relevan lagi
almaklumlah ayam kampung dah stanby awal2 dalam reban. haha...

Ada juga mak/bapa bawak anak round kat pekan Bahau
shooping ke?
atau pekena nasi ayam Gemas yang terkenal tu..

Apa pun pengisian masa bersama
akan mengeratkan tali persaudaraan
kan....kan!

Petang
pukul 2.30, dah berkumpul kat dewan KGBR
ye lah! dah nak balik UM
ada sessi penyerahan kembali kepada pegawai KKBSKL

Adalah sikit gambar
diantara 36 keluarga
yang si snap olih jurugambar amatur

tak sangka tok ketua yang tegas
terselit jiwa sadis

tok ketua serah kembali
anak yang dibela selama
4 hari 3 malam

airmata ibu tunggal

suka dan duka

pinjam baju nak lap airmata

cik mc yang mengalahkan si aznil
dalam AF
buat orang sedeh!

ehh! imam
sempat buat pembasuh mulut


keluarga boss

bakal bilal

keluarga alang ca'ah

keluarga bro tapa

bro naza
keluarga yang paling sempoi


nak balik dah!

Semoga segala pengalaman dan kenangan
menjadi amalan dalam menempuh
hari2 yang mendatang
Selamat jalan dan jumpa lagi.

20100409

Aktiviti pagi bebudak UM
ado yang poiee kobon, ikut abah motong gotah
ado yang poiee ngocha (tangkap ikan), kek kolam ketuo kampung
macam2 perangai yang kito dapek tengok
cumo gambar yo tak ado sobab kgbr pun poiee kobon..haha.

Aktiviti selopeh Jumaat
potang
bersukan bersamo wargo Kg Bukit Rokan



Ketuo kampung En. Mohd Zain Hj Abd Ghani
mengetuai pasukan anak angkat UM (baju biru)
bolum apo2 dah pogang pinggang.
Antara penonton
omak dan anak
Abang dan adik
tongah bincang strategi


Keputusan
kalah monang bukan ukuran
dalam perlawanan persahabatan
TOTAPI
bolasepak KGBR monang 4 berbalas 2
bolajaring pun monang yoo 26 berbalas 4.

Malam
Aktiviti kek masjid pulak
sembahyang berjemaah
dari maghrib sehingga isyak
diselitkan dengan ceramah agama
dari ustaz Shukur.
maaf, tiado gambar
sobab kgbr ado urusan keluargo
di luar kawasan.

20100408

Kg Bukit Rokan menerima tetamu
'SELAMAT DATANG'

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT 2010
Dari 8 hingga 11 April 2010

anjuran bersama :
Jabatan Belia dan Sukan Wilawah Persekutuan K. Lumpur
Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya
JKKK Kg Bukit Rokan
UMNO Kg Bukit Rokan
Gerakan Belia 4B (M) Kg Bukit Rokan
Kelab Belia MAYC Kg Bukit Rokan

Wah! Bukan main suko laee omak/abah
tersonyum memanjang dapek anak walaupun anak angkat
bukan calang2 anak plak tuh..
bebudak corodek belako.

Ketuo kampung posan
omak/abah jangan buek persiapan yang luar biaso
buek semacam biaso yang kito tompoh hari2
kok lauk ikan bilih buek sambal gesek pun tak po...
bia bebudak tu ghaso payah maung hidup orang kampung.
Jadikan semuo tu pengalaman hidup.

4 hari 3 malam pelajar UM kek sini
akan ado pelbagai ragam yang bolih kito tengok
nanti keluaran dongan gambar sekali.
ok

20100406

Company Name: P. A. FOOD SDN. BHD.

Company Number: 255451 - U

List Of Officers

NoPerson Id Officer Name Designation

1400711-08-5382 LOI NGIK YENG DIRECTOR
2420215-08-5111 DING LIENG CHIN DIRECTOR
3620424-08-5413 DING HONG SING DIRECTOR
4691209-10-6312 SEE SIEW CHOO
5750403-14-5494 NG GEOK LIAN

Salam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam...

Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti...

Tipah Tertipu daaa...., nasib baik tak suka makan pau....






P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886

Managing Director
Mr Ding Hong Sing

Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,
Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,
Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.


Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?
Eh! Dah tentu bangsa cina..

Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...


Saorang rakan menulis

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar
minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis
Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher.

Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi
itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya
Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Nah!

Mana mana yang teragak nak makan pau kat Tampin/Gemas nih beragaklah sikit. Dah banyak pau yang ternyata halal dijual. Di Bandar Tampin ada satu di Tampin Square kat bawah pokok haa.. ternyata halal yang dijual olih pak haji tu…lagi pun memang sedap!
Memang menjadi buah tangan setiap kali eden poieee Tampin.

JADI BERINGATLAH SEBELUM KITA MAKAN PAU AHMAD, KITO POW DIO DULU…