Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20090913

merapu 3

Dahulu,
Bila Tunku memijak lambang Garuda, Sukarno terus lancar Ganyang Malaysia.
Sekarang,
Bila mereka bakar bendera kita, kita diam sahaja?


Mana boleh!!!
Lima tahun mereka menyeksa kita. 1962 sehingga 1966. macam-macam mereka lakukan. hantar pasukan payung terjun untuk membentuk gerila. orang Tanah Melayu yang baru saja cuba melepaskan lelah dijajah, diseksa komunis dan sebagainya terpaksa pula berdepan dengan mereka ini! habis semua Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Polis Hutan, Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Polis, Cawangan Tugas Khas, Koir Risik Diraja, Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan bertugas menjaga keselamatan orang awam dan negara.

Semuanya kerana Indonesia Raya aspirasi Sukarno itu tidak mampu dicapainya. apa yang boleh dilakukan bila Suruhanjaya Cobbold sudah memberikan keputusan mereka. majoriti rakyat Sarawak dan Borneo Utara British bersetuju. apa lagi yang tidak puas hatinya? dan sejarah sudah membuktikan betapa ramai orang negeri kamu yang lari ke sini ketika itu kerana takut dengan pemerintahan kejam pemimpinnya? atau kamu buta sejarah? mahu dicucuk dengan buluh tajam baru kamu akan mengerti?!! dan hari ini, kita mahu diam lagi?!!

Ego!
Dengki!
Cemburu!
Tidak berterima kasih!

Betullah kata kawan aku, "bagai melepas anjing tersepit!" sudah bermacam-macam bantuan dihulurkan, sudah banyak budi bahasa disampaikan, kamu masih sombong. semata-mata tarian! kenapa tidak kamu serang negara pemilik syarikat pengiklanan itu sahaja?! semua orang tahu tetapi tetap kamu butakan mata! kenapa? luka lama berdarah kembali? kamu pikir kami ini siapa? memang begitu lembut pendekatan pemimpin-pemimpin negara ini TETAPI janganlah kerana itu kamu mahu memijak-mijak kami.

Nak kito ganyang dan belasah mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikut suko kau oranglah nak mengomen yang macam mano, asalkan semuo tuh ditanggung kau orang sendiri.