MENJELANG RAYA DI BAGAN PINANG
bukan payah nak jadi Yang Berhormat, petuanya cuma satu…jadilah yb rakyat, bukan jadi yb korporat apatah lagi yb keparat
eden angap demikian kerana dalam Malaysia ni dah ramai wakil rakyat yang ada Phd, dah ramai wakil rakyat yang kaya raya, tapi tak ramai wakil rakyat yang sedar dek untung atau sedar yang diaorang ini wakil yang dipilih oleh rakyat, demi rakyat dan bekerja untuk rakyat
ramai yb nak jadi wakil rakyat supaya dapat duduk dalam Dewan Rakyat
ramai yb nak jadi wakil rakyat sebab nak jadi Exco, nak jadi Menteri Besar, nak jadi Menteri, malah sebab nak jadi Perdana Menteri
tak ramai nak jadi wakil rakyat sebab nak tolong bangsanya, negaranya, agamanya
benda ni jadi dalam semua parti, baik UMNO, baik PAS, baik DAP
kadang-kadang yang membezakan mereka hanya lambang semata-mata, hati sama saja…tetap berkarat dan keparat
baru-baru ini eden merayau dialam maya dan terjumpa satu post yang ada gambar bekas MB Perak tengah sembelih lembu korban
bagi eden inilah contoh kalau nak memenangi hati rakyat, ada masa boleh pakai kot Salvatore Ferragamo, ada masanya apa salah turun padang berjemur dan berkotor
bekas MB Perak ni engineer lulusan England lagi, tapi bila bersama rakyat dia letak semua benda tu ketepi
inilah yang kita mahu, tak kisahlah parti bulan ke, parti roket ke, parti dacing ke
akhirnya yang dikenang bukan lambang partinya, tetapi keindahan budi dan sumbangan bakti yang diberi
pendek kata kalau selalu sembelih daging atas pinggan, apa salah sekali sekala sembelih lembu tepi sawah
bersama mengotorkan tangan.
baru ngam woooo....!
20090929
Langgan:
Catatan (Atom)