Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20100516

HARAPAN BARU

Salam 2all,

Baru2 nie, Kg Bukit Rokan
mendapat perhatian satu Malaya
kerana dilanda masalah kepimpinan

Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung
telah ditahan dan diambil keterangan polis
kerana masalah keperibadian.

Kgbr bukan nak ulas tentang perkara itu
biarlah pihak berkuasa yang menentukan.
perkara yang lepas biarlah berlalu
tetapi hidup mesti diteruskan
harapan dan kepimpinan baru
adalah kemestian.

Untuk pengetahuan semua
kgbr telah diarahkan untuk membuat
bancian secara rambang
diserata dan pelusuk KgBR.
tua dan muda
emak dan abah
adik dan kakak
melayu, cina, india
pelbagai idelogi parti

kering tekak kgbr
membebel dengan pelbagai pertanyaan
bagi mencari maklumat dalam bancian.
Untuk mencari calon Ketua Kampung yang baru.

kgbr diberi 3 nama calon yang paling sesuai
SATU,
DUA,
TIGA.

Sejak daripada saat itu, melilau kgbr membawa mulut
memperkenalkan SATU, DUA dan TIGA
kepada rakyat KgBR di dalam dan yang berada di luar negara.
satu tugas yang diamanahkan tampa gaji
namun kgbr dengan rela dan sangat seronok dengan tugas ini.
Tq Boss!

Inilah keputusan yang kgbr dapat selepas selesai
bancian secara rambang.

SATU.(68%)
Berumur 65 tahun
bagus dalam agamanya
kuat, sihat dan bertenaga
baik dan peramah orangnya
disukai ramai orang dan banyak pihak
rata2 dari golongan veteran.
mempunyai pengalaman dalam pentadbiran di KgBR
namun tidak berapa disukai oleh golongan muda
mungkin kerana kurangnya pergaulan diperingkat itu.
kurang dengan pergaulan antara kaum dan kuat dalam
politik kepartian.
golongan muda tidak memberi banyak respon bila
nama SATU disebut.

DUA. (65%)
Berumur 50 tahun
sihat tubuh badan
sederhana dalam agamanya
tegas dalam kepimpinan dan berpengalaman
dalam pentadbiran di dalam dan di KgBR sendiri.
hebat dalam sosial kerana peramahnya
namun segelintir sahaja menyukai beliau
mungkin kerana sikap tegas yang dibawa.
kurang pergaulan antara kaum.

TIGA. (98%)
Berumur 52 tahun
sihat tubuh badan
sentiasa ceria dalam kehidupannya
kuat agamanya berbanding dengan semua
sederhana dalam hidup dan mempunyai pengalaman
dalam pentadbiran di KgBR diperingkat pimpinan.
untuk pengetahuan semua
bila nama TIGA disebut ketika bancian dibuat
sokongan teramat dari kalangan mereka.
tua, muda, adik, kakak, omak, abah
cina, india
bahkan yang berlainan ideologi politik pun menyokong beliau
tinggi aura TIGA ni, semacam AUtraman pulak.

* Kgbr puas dalam menjalankan tugas bancian
bagi mencari calon Ketua Kampung yang baru dan
Kgbr berserta penduduk KgBR berharap jika inilah orang yang menjadi
Tok Ketua kami semua bersyukur dan akan sentiasa menyokong
apa jua program yang dijalankan.
dan andai Tuk Kamil (ADUN) terbaca blog ni, kgbr menganggap diri
sebagai wakil penduduk KgBR menjunjung bahawa inilah calon Tok Ketua Kami.
Tq.