Photobucket

apo laee nih...!

apo laee nih...!

20100523

salam 2all,

Untuk pengetahuan semua penduduk KgBR
pengurusan JKKK sekarang ini dibawah seliaan
ADUN Gemencheh
YB Datuk Mohd Kamil Bin Abd Aziz

ini adalah untuk sementara sahaja
sehingga KgBR mendapat Tok Ketua yang baru.
segala permasalahan atau isu bolehlah disyorkan
kepada YB Datuk.

KgBR pada peringkat awalnya telah pun mendapat
tok ketua yang baru setelah undian secara tertutup antara
ajk JKKK, ajk UMNO dan badan NGO.

tetapi,
malangnya, tok ketua yang terpilih menolak
dengan alasan belum bersedia untuk tugasan berat tersebut.

* kgbr pada mulanya amat terkilan dengan situasi tersebut
tetapi setelah sekian lama, mungkin belum sampai masa untuk beliau,
dan kgbr akur.
namun kgbr amat berharap beliau berubah fikiran, kerana beliaulah satu2nya yang
ada buat masa kini yang kgbr fikirkan teramat layak untuk memegang jawatan tersebut.
Moga Allah membuka hatinya. Amin...

20100517


Salam 2all,

kgbr buek maso ni...
tongah becuti bersamo keluargo tercinto

Kali ni, kgbr poie becuti kek nogori Pahang Darulmakmur.
sekarang ni tongah melepak kek
swiss garden resort & spa
bertaraf ompek bintang

memang sesuai tompek nie
sunyi, aman dan damai..
teraso tonang yoo...kepalo otak
lupo segalo masalah yang ado
lupo dongan boban kgbr pikul
kek KgBR nun...



 
*nantilah bilo semuo gambar dah siap
kgbr akan tunjukan.

20100516

HARAPAN BARU

Salam 2all,

Baru2 nie, Kg Bukit Rokan
mendapat perhatian satu Malaya
kerana dilanda masalah kepimpinan

Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung
telah ditahan dan diambil keterangan polis
kerana masalah keperibadian.

Kgbr bukan nak ulas tentang perkara itu
biarlah pihak berkuasa yang menentukan.
perkara yang lepas biarlah berlalu
tetapi hidup mesti diteruskan
harapan dan kepimpinan baru
adalah kemestian.

Untuk pengetahuan semua
kgbr telah diarahkan untuk membuat
bancian secara rambang
diserata dan pelusuk KgBR.
tua dan muda
emak dan abah
adik dan kakak
melayu, cina, india
pelbagai idelogi parti

kering tekak kgbr
membebel dengan pelbagai pertanyaan
bagi mencari maklumat dalam bancian.
Untuk mencari calon Ketua Kampung yang baru.

kgbr diberi 3 nama calon yang paling sesuai
SATU,
DUA,
TIGA.

Sejak daripada saat itu, melilau kgbr membawa mulut
memperkenalkan SATU, DUA dan TIGA
kepada rakyat KgBR di dalam dan yang berada di luar negara.
satu tugas yang diamanahkan tampa gaji
namun kgbr dengan rela dan sangat seronok dengan tugas ini.
Tq Boss!

Inilah keputusan yang kgbr dapat selepas selesai
bancian secara rambang.

SATU.(68%)
Berumur 65 tahun
bagus dalam agamanya
kuat, sihat dan bertenaga
baik dan peramah orangnya
disukai ramai orang dan banyak pihak
rata2 dari golongan veteran.
mempunyai pengalaman dalam pentadbiran di KgBR
namun tidak berapa disukai oleh golongan muda
mungkin kerana kurangnya pergaulan diperingkat itu.
kurang dengan pergaulan antara kaum dan kuat dalam
politik kepartian.
golongan muda tidak memberi banyak respon bila
nama SATU disebut.

DUA. (65%)
Berumur 50 tahun
sihat tubuh badan
sederhana dalam agamanya
tegas dalam kepimpinan dan berpengalaman
dalam pentadbiran di dalam dan di KgBR sendiri.
hebat dalam sosial kerana peramahnya
namun segelintir sahaja menyukai beliau
mungkin kerana sikap tegas yang dibawa.
kurang pergaulan antara kaum.

TIGA. (98%)
Berumur 52 tahun
sihat tubuh badan
sentiasa ceria dalam kehidupannya
kuat agamanya berbanding dengan semua
sederhana dalam hidup dan mempunyai pengalaman
dalam pentadbiran di KgBR diperingkat pimpinan.
untuk pengetahuan semua
bila nama TIGA disebut ketika bancian dibuat
sokongan teramat dari kalangan mereka.
tua, muda, adik, kakak, omak, abah
cina, india
bahkan yang berlainan ideologi politik pun menyokong beliau
tinggi aura TIGA ni, semacam AUtraman pulak.

* Kgbr puas dalam menjalankan tugas bancian
bagi mencari calon Ketua Kampung yang baru dan
Kgbr berserta penduduk KgBR berharap jika inilah orang yang menjadi
Tok Ketua kami semua bersyukur dan akan sentiasa menyokong
apa jua program yang dijalankan.
dan andai Tuk Kamil (ADUN) terbaca blog ni, kgbr menganggap diri
sebagai wakil penduduk KgBR menjunjung bahawa inilah calon Tok Ketua Kami.
Tq.

20100512


Salam 2all,

Ni nak sambung cerita pasal
operasi pemutihan binatang ternakan.

Operasi akan dilakukan dimalam hari
dimana sepatutnya binatang ternakan
sepatutnya dikandangkan

Mana2 ternakan yang berkeliaran
bermula dari pukul 8 malam sehingga awal pagi
terutama ditempat tumpuan awam
akan diterjah dan ditangkap
oleh pakar yang dilantik khas

*kgbr berharap peraturan ini dipatuhi
oleh penternak, dan ini semua adalah untuk
kebaikan semua.

20100511

Salam 2all,

Ini haa....!
nak bagi peringat kepada empunya binatang ternakan
kok iyo pun jagolah elok2
hantar dalam kobun kek sanun banyak
bondo yang boleh mentedarah.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Kg Bukit Rokan.
telah menguatkuasakan larangan keatas binatang ternakan
dilepas bebas di dalam kawasan kampung
terutama di tempat tumpuan awam.

Larangan ini berkuatkuasa sertamerta.
Operasi pemutihan ini akan dijalankan
oleh pakar dalam bidang ternakan
dan diawasi oleh jawatankuasa yang dilantik
oleh pihak JKKK dan pihak Pejabat Felda.

Notis pemberitahuan telah pun dikeluarkan
dan segala permasalahan
akan dirujuk kepada jawatankuasa terbabit.

*kgbr harap tak do laee binatang ternakan
melilau tak tontu maso, dan kalau kono tangkap
sombolih yoo...buek bbq, panggil kengkawan
dari kg sebolah, belio2 situ ghoma buek bbq
tengok sini,
http://kampungbatangrokan.blogspot.com/2010/05/belia-bbq.html




20100509


Salam 2all,

kgbr nak bagi tau
Program Pengurusan Jenazah
telah selamat dengan jayanya.

Dianggarkan 60 jemaah telah hadir
tua dan muda turut serta
yang diuruskan oleh pihak masjid
diseliakan oleh penceramah jemputan.

Ustaz Mohd Yusuf Bin Hj Abd Hamid
bersama isteri, Ustazah Zaridah Binti Abd Ghani.

Program telah diadakan  2 sesi
sesi 1: Pengurusan jenazah (amali)
sesi 2: Mandi dan kapan (praktikal)

Tahniah kepada semua yang terlibat
semoga dimanfaatkan pengetahuan yang diperolehi.

jom kita tengok aksi diorang...

Sesi 1










Yg berbahagia Ustaz bersama imam 2


sesi 2






siap dengan senyuman
mati dalam iman...







Mandi biar bersih



model
patut diberi pujian
adik Nurul Izzati Fitriah Binti Md Rodzi
adik Mohamad Amirul Bin Mohamad Awi

20100507

Salam 2all,


Bersopan santun amalan kehidupan.


Perkataan sopan bermaksud beradab. Manakala santun bererti tahu tertib peraturan, halus budi pekerti, tahu adat, berbudi bahasa, baik akhlaknya, baik perangai dan kelakuan, tidak cabul, teratur dan rapi, mengikut peraturan.

Budaya sopan santun di kalangan masyarakat kita merupakan budaya yang diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang. Ianya kekal hingga ke hari ini menjadi amalan cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat.


Di zaman kecanggihan teknologi ini, ramai yang sudah lupa akan budaya masyarakatnya terutama generasi muda kita. Budaya sopan santun dalam pergaulan, cara berpakaian, adab bertutur dengan orang tua tidak begitu diambil perhatian. Jika hal ini tidak diambil serius kemungkinan akan melahirkan generasi yang tidak tahu bersopan santun dan akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila, pergaulan dan sebagainya.


Masyarakat Melayu islam khasnya terkenal dengan budaya bersopan santun. Maka inilah yang mesti dikekalkan menjadi gaya hidup seharian. Justeru itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dalam menyebarkan dan mengekalkan budaya berkenaan, terutamanya di kalangan generasi muda, kerana mereka inilah bakal pewaris generasi lama.


Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun, contohnya ibu bapa mengajar anak-anak supaya memberi salam dan mencium tangan orang tua sebelum pergi ke mana-mana, membongkokkan badan sedikit ketika melintas di khalayak ramai, memakai pakaian dengan kemas dan sesuai tidak kira di dalam atau luar rumah, di sekolah atau ketika dalam majlis.


Pendidikan di rumah memainkan peranan penting dalan membentuk peribadi anak-anak supaya patuh bersopan santun.


Masyarakat umum juga hendaklah turut terlibat dalam memastikan budaya tersebut dapat diamalkan dalam setiap urusan baik di rumah, pejabat, jalan raya, di pusat membeli-belah dan sebagainya.


Jika budaya bersopan santun dapat dikekalkan dalam kehidupan seharian, insya-Allah kita akan dapat hidup dalam suasana yang aman dan bersatu padu.


Budaya bersopan santun merupakan lambang keperibadian orang melayu islam sejak dahulu hingga sekarang, maka sewajarnyalah ianya tetap dikekal dan diperkukuhkan lagi bagi menangkis budaya-budaya negatif yang sedang meracuni pemikiran dan tingkah laku terutama di kalangan generasi muda dan tua.

* kgbr dah lamo nampak anak muda di KgBR, ramai yang dah lupo diri.

20100503

Salam 2all,

Penduduk2 Kampung Bukit Rokan semua..
dan semua anak2 KgBR di luar negeri,
ni nak bagi tau...

Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
bersama
pelbagai Jabatan Kerajaan dalam Daerah Tampin.

akan mengadakan
Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat
yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg (F) Bukit Rokan.

Tuan dan puan adalah dijemput hadir. 
Inilah masanya nak sampaikan pelbagai isu dan masalah setempat.
janganlah asyik berdebat kat kedai kopitiam je!.
yang kekadang tak jumpa noktah.

Juga
kgbr berharap janganlah yang hadir nanti
wakil saja dari agensi yang terlibat.
wajibkan ketua2 yang datang.
takut nanti
penduduk KgBR pun menghantar anak2 sekolah
menjadi wakil.

*kgbr akan hadir juga..
nak buat report.
InsyaAllah.